Saturday, February 18, 2017

Keperluan atau Kehendak? Pasangan baru suami isteri hadapi saat mencabar..

Gambar Hiasan (saya tengah mengeTone dengan member2)

Saya ingin berkongsi mengenai perjalanan hidup pasangan yang baru bergelar suami isteri. Anda mungkin menghadapi situasi yang sama ketika awal2 berkahwin:

1. Terasa janggal untuk berkongsi komitmen dengan pasangan.

- Kebiasaanya ketika bujang, kita boleh meguruskan bajet bulanan seketat2nya kerana duit kita hanya untuk kegunaan sendiri. Tetapi bila sudah berkahwin dan duduk berasingan dengan famili sudah pasti banyak komitemen yang perlu ditanggung terutamanya jika hanya si suami yang bekerja.

2. Kehendak yang Terbatas

-Sekiranya dulu anda boleh merancang dengan lebih mudah untuk membeli / memenuhi kehendak anda samada beli barang2 atau melancong tetapi bila sudah berkahwin ia akan jadi lebih sukar kerana terpaksa mendahulukan komitemen yg sedia ada..

3. Masa yang Terbatas

- Jika sebelum berkahwin anda bebas untuk bergerak sana sini, melepak dengan member2 ataupun overtime kerja sehingga lewat malam tetapi selepas berkahwin semua itu perlu dihadkan dan setiap pergerakan anda memerlukan diskusi dengan pasangan..

4. Keluarga sendiri atau Keluarga Mertua?

- Ikutkan hati mesti nak balik rumah mak ayah sendiri setiap kali balik kampung tetapi bila dah kahwin kena ikut giliran. Bila adik beradik sendiri pun dah berkahwin makin sukar untuk anda berjumpa dengan mereka di rumah mak ayah kerana mereka pun kena ikut giliran balik kampung.


Walaupun anda mungkin menghadapi saat2 sukar seperti diatas tetapi percayalah kemanisan perkahwinan akan tiba bila anda dah berjaya menyesuaikan diri dalam situasi di atas. Perkahwinan melibatkan 2 nyawa bersatu melalui ikatan yang sah. Ubahkan mindset daripada seorang kepada berdua, setiap keputusan memerlukan diskusi suami dan isteri.
Komunikasi 2 Hala, Pastikan anda sanggup mendengar sebanyak mana anda bercakap
Rasullah s.a.w menggalakkan mesyuarat harian bersama dengan pasangan masing2 untuk lebih memahami pasangan dan mencapai kata putus yang disenangi pasangan. Pada masa yang sama menggalakkan toleransi yang tinggi. Segala jenis perkara harian dan masa akan datang boleh dimasukkan dalam mesyuarat harian termasuklah nak masak apa, nak pergi mana, nak cuti dimana, nak beli rumah apa, bila nak balik kampung.. dan macam2 perkara lain. Jadikan mesyuarat ini sebagai rutin harian dan pilih masa yang tetap. Saya sendiri lakukan mesyuarat harian selepas isyak dan libatkan anak2 sekali walaupun mereka masih kecil.

Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih

-----------------------------------

Jom Income Part Time dengan Simkad Tone Plus

Sertai saya dan jadi Rakan Niaga Tone Plus

PSC Ghazali
Whatsapp 010.787.1916

No comments:

Post a Comment