Pendaftaran Tone Plus: Cara Kekal Nombor Lama


KEKAL NOMBOR LAMA KE TONE PLUS



MNP / Port-In / Kekal Nombor Lama 

Apabila anda berminat & bersetuju untuk bertukar ke simkad Tone Plus, anda digalakkan untuk mengekalkan nombor lama kesayangan anda yang sedia-ada.

KENAPA?

  1. Komited untuk berjaya dengan Program Tone Plus.
  2. Mengelak daripada terlupa untuk topup, banyak kes berlaku terlupa topup & automatik akaun anda ditamatkan, walaupun income anda dah 4 atau 5 angka.
  3. Tidak perlu topup untuk dua nombor, jimat kos topup anda.
  4. Tidak perlu beli phone baru, kononya yang nie khas untuk buat bisnes.

CARA KEKALKAN NOMBOR LAMA

CARA 1: 
Proses pengekalan nombor lama (port-in) ini boleh dilakukan sewaktu PERTAMA KALI ANDA DAFTAR sebagai ahli Tone Plus. Anda hanya perlu maklumkan sahaja untuk kekalkan no lama kepada penaja atau sesiapa yang akan mendaftarkan anda.


---------------------------------------------


CARA 2: 
Semasa anda sertai Tone Plus, anda menggunakan nombor baru yang diberikan oleh Tune Talk dan berhasrat untuk kekalkan nombor lama di kemudian hari nanti. Tiada masalah, hanya maklumkan sahaja kepada penaja atau SC, PSC atau BRANCH yang terdekat, mereka akan lakukan proses kekalkan nombor lama anda.


Atau hantar ke Data Entry Center (DEC), melalui cara SMS.

Gunakan format berikut:

<MNP> <NoTPAAnda> <NoLama> <TelcoLama>

Contoh SMS: MNP TPA34655 0126923932 Maxis

Dan hantar ke DEC: 010-5070 916 atau 010-8008 387


ANALOGI PROSES KEKAL NOMBOR KE TONEPLUS

Proses kekalkan nombor lama, akan mengambil masa minimum 2 hari – 7 hari bekerja, bergantung kepada kelulusan & pelepasan telco lama anda . Sebaik sahaja simkad Tone Plus dah aktif, anda akan diberi nombor sementara. Jadi, sekarang kedua-dua simkad dapat digunakan iaitu simkad Telco lama anda dan simkad Tone Plus.

Bila proses kekal nombor lama dilakukan, Tone Plus akan hantar request kepada Tune Talk untuk port-out kan nombor anda dari telco lama. Telco lama anda akan menghantar satu message pengesahan ada request dari anda untuk port -out. Contoh seperti di bawah...


Message Kepada Pengguna Maxis 

Sekiranya message yang dihantar memerlukan anda reply "Y" semula, sila berbuat demikian. Jika tidak proses port-in tidak akan berjaya.


Dan sekiranya terdapat masalah untuk anda reply "Y" atau "YES" atau apa sahaja keyword yang perlu dihantar semula, sila masukkan simkad di handphone lain dan reply semula SMS tersebut. 

Tempoh minimum 2 hari tersebut adalah tempoh untuk menunggu Syarikat Telekomunikasi (Telco) lama anda memproses bagi memastikan semua maklumat anda adalah tepat dan syarat-syarat untuk mengekalkan nombor telah dipenuhi. 

Seandainya kesemua perkara tiada masalah, maka dalam tempoh 48 jam, nombor telefon anda di simkad asal akan dipindahkan ke simkad Tone Plus. Maka dengan itu, nombor baru/sementara itu tadi secara automatik akan dilupuskan/hilang.

KEKAL NOMBOR LAMA TONE PLUS TIDAK BERJAYA 

Pernahkah anda menerima status kekal nombor lama anda seperti ini?




Jika anda menerima kod-kod seperti di atas semasa menyemak status kekal nombor lama ke simkad Tone Plus anda, ini bermakna terdapat beberapa masalah yang anda perlu betulkan terlebih dahulu sebelum nombor telefon anda dari telco lama dapat di pindahkan dan dikekalkan ke simkad Tone Plus.


SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 – Nombor Passport salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal. 
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal) samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP52 – Mempunyai akaun tertunggak. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada (donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) memp unyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line). 
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan 
Remark/Resolution : Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama. 
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama (Principal subscriber) atau sebagai Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP59 – Melebihi had Kredit. 
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 – nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected) – samada secara tidak sukarela dan sukarela. 
Remark/Resolution : Tanya pelanggan untuk menyemak status talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Memastikan nombor masih aktif/dihubungkan dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan untuk mengalihkan nombor tersebut.

--------------------------------------------------------------------------


Semoga info ini dapat membantu ahli-ahli Tone Plus.

No comments:

Post a Comment