Nombor Tone Plus Expired

NOMBOR TONE PLUS EXPIRED/REINSTATE



Ada di antara kita terlupa untuk maintain topup bulanan RM30 sebulan, sayangnyer, simkad dah expired baru nak perasan, kalau ada komisyen kan naya tue.... kebanyakannya terjadi pada yang daftar Tone Plus sebagai nombor kedua ni, bukan pada nombor utama, mungkin sebab tue lah kot tak ingat nak topup...

Tempoh nak expired simkad Tone Plus nie sebenarnya lama,
tapi camana boleh terlupa nak topup juga...

Cuba tengok...

1 JUN = TOPUP RM30 (aktif untuk 30 hari, call in & out)

30 JUN = Hari terakhir untuk topup (anda diberi masa 45 hari lagi untuk melakukan topup)

1 JULAI = hanya boleh call in sahaja

15 OGOS = Talian anda di TERMINATE

Anda ada lebih kurang 75 hari atau 2 bulan 15 hari, takkan tak leh nak topup RM30 dalam tempoh tue.. tipu lahhh

-------------------------------------------------

Tuan, nombor saya dah tak der line, dah expired, nombor saya sayang, camana nak dapat balik?

1. Cuba semak & sahkan sendiri dahulu di akaun Self-Care, atau kalau nak cepat call direct Tune Talk 13100 @ 03-27720000. Call HQ Tone Plus pun boleh.

2. Kalau tempoh expired tue kurang daripada 14 hari dan nombor masih lagi berada dalam sistem Tune Talk, kalau "YA"...masih boleh diselamatkanlah nombor tue.

3. Daftar dengan simkad Tone Plus yang baru.

4. Topup RM100 terus ke atas simkad yang baru didaftarkan

5. Hubungi HQ untuk report kepada pihak TuneTalk untuk proses reinstate
(proses akan mengambil masa 24 jam untuk complete).

6. Nombor lama anda akan diganti terus ke simkad baru.
Siap...

PENTING

-- Tamat tempoh (expired) lebih daripada 14 hari, tidak boleh dikembalikan
(dalam tempoh 14 hari, nombor tersebut masih berada dalam
sistem Tune Talk sebelum diserahkan semula kepada telco lama)
-- Nombor tamat tempoh hnya boleh di port in melalui HQ sahaja
-- Kredit & Big Point yang lama, hilang

--------------------------------------------------------------------------------

Semoga info ini membantu sahabat-sahabat semua..

No comments:

Post a Comment