SYARIKAT

PROGRAM RUJUKAN KOMUNITI TONE PLUS

 

LATAR BELAKANG SYARIKAT


1. Tune Talk Sdn. Bhd, adalah syarikat pengendali talian mudah alih (mobile) 
    yang mula beroperasi pada 19 Ogos 2009.

2. Tune Talk beroperasi selaku Mobile Virtual Network Operator (MVNO) yang 
    menggunakan rangkaian prasarana luas yang dimiliki oleh Celcom (Malaysia) 
   Berhad. Perjanjian kerjasama Tune Talk dan CELCOM dibuat pada Disember 
   2008. 



3. Celcom adalah pemegang saham terbesar dalam Tune Talk dengan 
    pegangan 38% saham sementara 35.7% lagi dipegang oleh Tune Ventures 
    Sdn Bhd, dimana Datuk Tony Fernandes dan Dato' Kamarudin Meranun 
    adalah pemegang 70% sahamnya. 

4. Sebagai anak syarikat Tune Group, Tune Talk akan memberikan kombinasi 
    unik dalam kehidupan masyarakat bersama-sama syarikat lainnya seperti 
    Tune Air, Tune Money, Tune Insurans  dan Tune Hotels. 




 TONE PLUS SDN. BHD.


1. Tone Plus Sdn Bhd (821129-A)  ditubuhkan pada tahun 2012, dalam usaha 
     untuk memajukan industri telekomunikasi di Malaysia. Sehingga hari ini 
    (Jun 2015), jumlah keahlian Tone Plus hampir mencecah 100,000 orang 
    di seluruh Malaysia.

2. Misi Tone Plus adalah untuk membantu setiap individu mencapai kebebasan 
    kewangan melalui konsep pemasaran networking yang inovatif.

3. Tone Plus Sdn Bhd menggabungkan pengalaman dan kepakaran dari 
    insurans, pemasaran rangkaian dan perkhidmatan kewangan untuk 
    merumuskan strategi baru menjana pendapatan.

4. Pemilik saham syarikat Tone Plus adalah juga pemilik syarikat Tone Excel 
    Sdn. Bhd. yang menjalankan program sedia ada iaitu Pelan Tone Excel. 
    Program Tone Excel ini telah berada di pasaran sejak Ogos 2010 dan telah 
    pun mempunyai seramai 900,000 peserta. Lanjutan dari kejayaan 
    memberangsangkan program Tone Excel maka Tune Talk telah bersetuju 
    untuk melancarkan program baru Tone Plus.
Tone Plus & Tune Group

Pejabat :
Tone Plus Sdn. Bhd.
B-2-8 & B-3-8, Jalan 3/149/E,
Taman Sri Indah, Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling, 
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut : 
HotLine : 03-90563809
Tel No. : 03-9054 3809
Fax No. : 03-9054 0278
Care Line : 010-7727 587


MOU & SIJIL LANTIKAN KERJASAMA

MOU Tone Plus Sdn Bhd & LPKPM
  
Watikah Perlantikan Kerjasama dari LPKPM


Tone Plus Sdn. Bhd. telah menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di dalam menjayakan program rujukan ini bersama masyarakat Malayasia.


TONE PLUS BISNES PREVIEW 


Preview Tone Plus

PERASMIAN PROGRAM TONE PLUS





------------------------------------

** Apabila kita memilih untuk menjalankan mana-mana bisnes networking, kaji dan nilai dahulu latar belakang dan prestasi syarikat. Bagi saya, Tone Plus anak syarikat kepada Tone Group telah melalui satu tempoh matang (5 tahun), di dalam menjayakan program ini. Dengan sokongan padu daripada Tune Talk (Tune Group, salah satu kumpulan syarikat mega Malaysia), saya yakin, program ini akan berterusan dalam tempoh yang lama di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment